Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

About Puteri Katak

Sunday, December 26, 2010

Katak membunuh gergasi





                          





Cerita ini berlaku pada zaman silam. Pada suatu hari berlaku ribut taufan di suatu kawasan hutan yang menyebabkan banyak pokok tumbang menyembah bumi. Hal ini, menyebabkan gergasi lari dari rumahnya untuk menyelamatkan diri. Semasa melarikan diri gergasi tidak sedar dia terlanggar dan terpijak binatang sehingga menyebabkan banyak binatang yang tercedera, malahan banyak juga yang mati. Apabila ribut reda, gergasi pulang semula ke rumahnya. Gergasi mengerang kesakitan kerana tubuh badannya tercalar dan luka ditimpa dahan-dahan kayu. Gergasi cuba untuk merehatkan badannya sambil menahan kesakitan yang ditangungnya. Namun begitu, hatinya tidak tenang kerana diganggu oleh bunyi bising sekumpulan katak yang tinggal berhampiran dengan tempat kediamannya. Keadaan ini menyebabkan gergasi naik marah lalu turun dari rumahnya dan menuju ke tempat katak.

            Dalam perjalanan ke lubang katak, gergasi telah memijak dan membunuh banyak binatang-binatang kecil termasuk semut api, ular sawa patah tulangnya, manakala burung pikau tercabut ekornya. Akhirnya gergasi sampai ke lubang katak dan bertidak membunuh kesemua katak yang ada di situ, kecuali seekor katak betina yang menjaga telurnya didalam lubang.

              Katak betina amat sedih dan kecewa dengan peristiwa malang yang menimpa kaum keluarganya.Demi kasih sayang katak betina kepada kaum keluarganya, ia telah bersumpah untuk menuntut bela dan membalas dendam terhadap terhadap kezaliman gergasi tersebut. Katak betuna telah meminta kerjasama daripada binatang yang menerima nasib yang sama dengannya, teraniaya oleh perbuatan gergasi tersebut. Antara binatang tersebut ialah semut api, ular senduk(cucu ular sawa), burung pikau, sang harimau dan gajah.

            Kesemua binatang tersebut telah bersetuju untuk bekerjasama dan melaksanakan tugas masing-masing. Semut api telah ditugaskan masuk dan mengigit telinga gergasi, manakala burung pikau ditugaskan menepur abu di dapur supaya abu masuk ke dalam mata gergasi dan ular senduk pula akan bersembunyi di dalam tempayan air dan ditugaskan untuk mematuk tangan gergasi.
.
            Selain itu, gajah ditugaskan mengoncangkan rumah gergasi dan sang harimau pula ditugaskan supaya menerkam dan mengigit tengkuk gergasi. Sehubungan itu, dengan kerjasama daripada semua binatang tersebut akhirnaya mereka dapat menewaskan gergasi tersebut. Gergasi telah mati di bawa arus deras kerana terlajak ketika cuba menyelamatkan diri daripada terkaman sang harimau.


SILA LIKE

No comments:

Post a Comment